Tuesday 14 January 2014

Tips : Baby Burung Muntah "Kaytee" dan "Sour Crop"

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Ada beberapa persoalan perlu saya jawap dan bincangkan. Pertama sekali saya akan menjawap persoalan apabila anak burung parrots muntah kaytee. Seringkali kita mengambil sikap acuh tak acuh apabila burung terlebih makan kaytee(Tembolok Terlalu Penuh). Sebenarnya kita perlu mengelakkan "pump" kaytee terlalu banyak sehingga terlalu penuh . ini menyebabkan anak burung ini akan mati apabila dibiarkan. Sila kurangkan menggunakan "tiub" bagi mengelakkan kematian akibat terlalu banyak makan.

Kenapa Anak Burung Muntah ?

Kes yang berlaku kerana kita sendiri terlebih "dos" yang sepatutnya dan adakalanya kerana anak itu telahpun cukup umur untuk makan selain dari kaytee ( Buah-buahan ataupun Spray millet) .Dengan secara automatic anak burung itu memuntahkan kembali kaytee tersebut.

Berbalik kepada anak burung sering muntahkan semula apabila kita menyuap kaytee. salah satu cara saya akan kongsikan.
1) Apabila kita dapati anak burung makan terlalu banyak. sila sedut semula menggunakan tiub secepat mungkin.
2) Kurangkan "dos" makan kaytee.
3) Banyakkan suap air suam dari kaytee tersebut.
4) Cuba makanan baru iaitu seperti betik dan pisang.
5) Tolong berikan perhatian apabila anak burung mengalami masalah muntah-muntah kerana silap cara penjagaan burung itu akan mati.

Nota : Artikel diatas adalah dari pengalaman saya sendiri. Kalau nak minta pendapat sila Call saya.Tq

No comments:

Post a Comment