Sunday 12 January 2014

Part 1 : "Long" nama si Rainbow Lorikeet

Assalamualaikum WBRT.

Bismillahirahmanirahim , Pertama kali saya nak memperkenalkan "burung rainbow lorikeet " kepada umum.
Nama diberi sbg "long" bermaksud (Anak Sulong).
Di lahirkan di dalam kawanan burung-burung parrots lain tetapi dia paling istimewa sekali kerana dia dilahirkan tanpa kepak , iaitu kepak kiri tiada langsung dan sebelah kanan ada tulang kepak yg pertama sahaja (tulang dari bahu sahaja). Beberapa kuku kaki kiri dan kanan pun tiada..kalau la dibiarkan takot-takot umur tak panjang.
                                        Masih dalam nestbox..Umur lebih kurang 4 minggu

Tujuan saya mengambil nye sebagai anak angkat kerana apabila sampai ditangan saya burung ni didapati mmg cacat dari lahir. bulu di sekelilingnya agak cantik, tiada terencat, tiada kesan darah ataupun luka.
Bulu kapas bersih dan agak rapi. Insyallah saya akan menjaganya sebaik mungkin seperti koleksi-koleksi kesayangan saya.
                                      Baru bawa keluar dari dalam nestbox..Umur lebih kurang 5 minggu lebih

Minggu pertama di pisahkan dengan adik beradiknya. Kawan saya sendiri yang ambil sebagai anak angkat. Jadi tinggal dia seorang diri , berdikari dengan di bantu oleh saya untuk menyuap " kaytee exect High Fat".
Yang kini umur "Long" lebih kurang 7 minggu.Agak aktif seperti anak burung yang normal.

Jadi saya akan kongsikan gambar-gambar dan kisah kehidupan "long" insyallah.


                                            Umur lebih kurang 7 minggu

Sekian : Part 2 akan muncul selepas beberapa minggu akan datang. insyallah.

No comments:

Post a Comment