Friday 25 October 2013

Tips - Cara Mengenalpasti Jantina Burung Hiasan

Kebanyakkan pemilik burung hiasan mempunyai masalah mengenalpasti jantina terutama jenis "lovebird , sun conure , rainbow lory , green cheeked conure , dan lain-lain lagi. Cara yang terbaik bagi menentukan jantina setiap burung adalah DNA sexing dan surgical sexing. ia dapat menentukan 99.999% jantina burung tersebut. tetapi pengalaman saya DNA sexing bole dibuat pada umur 2 bulan - 5 bulan kerana bulu anak burung telahpun siap sepenuhnya. Kalau nak buat DNA test RM150/ekor (hantar ke Vet di India) .. kalau nak buat di UPM , tuan bole hantar sendiri.

1) Tips pertama yang saya selalu praktikkan adalah mengenalpasti jarak di antara "Tulang Pelvic" . Saya menggunakan jari telunjuk untuk menentukan jarak tulang dan juga ketajaman/ kekerasan tulang . Tulang Pelvic Burung betina adalah lebih luas dan lembik sedikit , manakala tulang punggung jantan lebik tajam , lebih keras dan semestinya lebih rapat di antara keduanya.

2) Tips kedua adalah cara memerhatikan dari segi kecantikkan dan rupa paras burung tersebut. selalunya burung betina ni tk secantik burung jantan. bentuk tubuh betina pun agak bulat dan gempal.tubuh jantan hensome sikit.Warna pun agak berbeza , bulu burung betina agak kusam , manakala jantan memang cantik berseri2..hehe.

3) Ada juga dikalangan sahabat saya melepaskan burung dalam kuantiti yg banyak didalam satu aviary. Biar depa pi ngurat sendiri.

4) Kalau jenis cockateil dan budgie mudah nk kenalpasti jantina jenis tu..

Sekian. ( Update August 2013)



CARA-CARA DAN SUKATAN UNTUK BABY HANDFEEDING.

1) Ni pengalaman saya selepas beberapa tahun memelihara burung yang jinak, especially baby burung berumur dari seminggu ke 3 bulan. Anda sebagai pembaca bole cuba cara saya memberi makan kepada burung tersebut ( Baby Handfeeding ).

Setelah lebih dari 3 tahun memelihara pelbagai jenis burung. Kalau tak silap saya , saya tak pernah berhenti menyuap burung (menggunakan brand Kaytee Exect) dari tahun 2010 sehingga 2013. Hampir setiap hari saya menyuap kaytee kepada baby burung yang saya pelihara untuk koleksi sendiri ataupun menjual kepada pelanggan saya. Tujuan saya menulis ini cuma nak menyimpan pengalaman berharga menyuap anak-anak burung dan juga sukatan terbaik untuk setiap jenis burung peliharaan.

1) Jenis Burung dan Sukatan yang saya praktikkan. Anggaran Umur 40-60 hari)
- Lovebird 5-6ml
- Cockateil 10-12ml
- Indian Ring Neck 12-15ml
- Sun Conure 12 -15ml
- Green Cheeked 10-12ml
- Plum headed 10-12ml
- CAG  30-35ml
- Crimson Bellied 10-12ml
- Umbrella 30-35ml
- Sulphur 30-35ml
- BnG Macaw 40-50ml
- Rainbow Lory 12-15ml
- Red Lory 12-15ml
- Black Capped Lory 12-15ml
- Dusky Lory 12-15ml
- Chattering Lory 12-15ml
- Eastern Rossella 12-15ml
- Electus 30-35ml

DIBAWAH NI CONTOH YANG SAYA SELALU PRAKTIK KAN UTK HANDFEEDING MENGGUNAKAN :

1) SYRINGE:
https://www.youtube.com/watch?v=hiMGJHfo9e4

2) SUDU KECIL :
https://www.youtube.com/watch?v=-p-rw32KhHk

**CUBA PERHATIKAN KAYTEE YANG DIBANCUH DENGAN AIR SUAM TU.CAIR SETARA MANA.. (70% AIR + 30% KAYTEE)

**SAYA TAK BERAPA BERMINAT NAK SUAP GUNA SUDU SBB ANAK BURUNG AGAK COMOT SEDIKIT..SAYA LEBIH SUKA GUNA SYRINGE..SUAP SIKIT2 PUN OK JA.

** PASTIKAN ANDA MEMERIKSA TEMBOLOK (CROP) ANAK-ANAK BURUNG SEBELUM MEMBERI MAKAN KAYTEE.SEKIRANYA CROP KOSONG (5 jam selepas menyuap) ANDA BOLE MENYUAP KALI KEDUA ANAK BURUNG TERSEBUT.
SEKIRANYA MASIH ADA KAYTEE DIDALAM CROP TERSEBUT ANDA PERLU MEMBERI AIR SUAM TERLEBIH DAHULU. (JANGAN SAMPAI PENUH SANGAT).
NANTI MATI PULOK...KALU TAK FAHAM ..MAI CALL SAYA. INSYALLAH SAYA BANTU..

1 comment:

  1. 0139052008 msj sy jap..ade bende x paham,thank :)

    ReplyDelete