Monday 14 April 2014

TIPS membeli baby parrots / Burung Hiasan

Assalamualaikum

Setelah beberapa bulan tidak menulis di ruangan TIPS PENJAGAAN burung ni.
Pertama sekali saya ada terlihat beberapa iklan di ruangan "on-line" yang kebanyakkan nye di kendali oleh penjual sambilan ( penjual baru). Adakalanya menjual jauh lebih rendah dari harga market disini.

Saya anggap ianya "pesaing" baru di dalam dunia burung. Ramai diantara kita akan membeli dengan harga yang rendah. tetapi nasihat saya lebih baik datang tengok burung tersebut dan baru bayar. kebanyakkan yg menjual ini tiada sikap bertanggungjawap terhadap kondisi burung tersebut.
Adakala apabila burung sampai ke tangan si pembeli, Burung agak murung.kadangkala burung stress kerana perjalanan agak jauh. Si pembeli ada contact saya dgn bertanyakan tentang kondisi burung yg baru dibeli..kebanyakkan yang dijual burung yang dah tak berapa cergas. apabila kes ini berlaku siapa harus dipersalahkan? andaikata mati sebelum 24jam , selalunya penjual harus menggantikan semula.atau pembeli beri masa untuk penjual ganti baru. Tetapi kalau mati selepas 24jam terima burung , Anak burung itu mati.Bagi saya tiada istilah ganti 100% kepada si pembeli tersebut.Sila berbincang dan mendapat persetujuan dahulu dengan penjual tersebut.

Ada tips yang perlu anda teliti untuk beli burung.

1) Penting sekali si penjual tu adalah penjual yang jujur.
2) Penjual mengambil masa beberapa hari untuk monitor kondisi burung , dan apabila burung memang betol2 dalam kondisi yang sihat,segar baru si penjual keluarkan iklan.
3) Elakkan membeli burung yang tidak sihat , walaupun burung tu jauh murah dari harga pasaran melainkan penjual nak "pencen" membela burung.
4) Penjual dekat dengan tempat anda.sebab kalu ada apa-apa berlaku mudah nak refer atau meminta ganti rugi. ( betol tak?)
5) Elakkan dari membeli burung yang terlalu ringan dan tidak aktif. ( Sila bincang apabila burung kurang sihat dalam masa "warranty" ( iaitu 24jam). Maaf , Kalau 25jam selalunya dah tkde ganti lagi.
6) Elakkan membeli anak burung yang dah " sour crop" atau muntah kaytee ( Lemah).
7) Elakkan membeli dengan "runner" sebab apabila burung mati ..dia tk leh ganti sebab tauke tk setuju utk tolong ganti.

Sekian.